Pengurusan Takaful Kenderaan Bermotor
Kemudahan perkhidmatan insurans takaful kenderaan bermotor yang disediakan oleh syarikat untuk pelanggan korporat adalah seperti berikut:
Perkhidmatan e- Cover-Note
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan sepenuhnya pemakaian e-cover-note mulai pada 1 Oktober 2004 . Kelebihan yang ada pada e-cover-note adalah seperti berikut:
- Tiada kelewatan terhadap pengeluaran nota lindungan dan polisi, kerana tiada keperluan pengisian borang.
- Status polisi yang dikeluarkan tiada sebarang keraguan. 3. Proses tuntutan akan menjadi lebih singkat, apabila pihak adjuster dan woksyop ‘on-line’.
- Perisian sistem e-cover-note membolehkan syarikat mengekses maklumat daripada syarikat insurans (principal), woksyop, Polis Cawangan Trafik dan JPJ secara ‘on-line’.
- Semakan terhadap status `Non-Claimed Discount’ (NCD) juga akan lebih pantas.
Perkhidmatan Tuntutan
Perkhidmatan tuntutan atas kemalangan kenderaan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Bantuan kenderaan penunda 24 jam dengan perkhidmatan 365 hari setahun melalui talian toll free.
- Proses penyelesaian tuntutan yang pantas.
- Penyediaan anggaran kerosakan yang cepat oleh adjuster.
- Pengisian segala maklumat (foto dan laporan) secara ‘on-line’.
- Permulaan kerja-kerja pembaikan yang cepat oleh woksyop.
- Keutamaan penyiapan kerja-kerja pembaikan oleh woksyop panel.
- Jaminan ketulinan alat ganti oleh woksyop.
- Jaminan waranti oleh bengkel selama 6 bulan selepas pembaikan.
- Bantuan khidmat peguam, jika terdapat tindakan sivil oleh pihak ketiga kerana kemalangan.
- Penyelesaian tuntutan melalui model ‘Genesis Total Solution System’ (GTSS).
Perkhidmatan Pembaharuan Cukai Jalan JPJ
Kemudahan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan adalah terdiri daripada:
- Notis peringatan sokongan.
- Khidmat ke pejabat pelanggan.
- Urusan pembayaran dan pengambilan cukai jalan.
- Penghantaran cukai jalan di pejabat pelanggan.
- Semakan terhadap status saman (jika ada) terhadap kenderaan yang akan diperbaharuai cukai.
Perkhidmatan Tambahan Percuma (Value-Added Services)
Perkhidmatan tambahan secara percuma yang akan disediakan oleh syarikat adalah terdiri daripada:
- Khidmat nilaian kenderaan untuk diinsuranskan (bagi mengelakkan denda ‘under insured’.
- Notis pembaharuan awal sokongan (selain daripada syarikat principal).
Lain-Lain Kemudahan Yang Disediakan
Lain-lain kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat adalah terdiri daripada:
- Perlindunqan autornatic (sebelum bayaran selama 14 hari).
- Kelayakan ‘Non-Claimed Discount'(NCD).
- Pemberian kadar premium seragam (tariff-rated).
- Pernbahagian Keuntungan Ke Atas Pelaburan (jika ada).