Pendahuluan

Insist Amilat Sdn. Bhd. adalah merupakan sebuah syarikat anak Perbadanan Islam Johor (PIJ). Syarikat ini ditubuhkan buat permulaannya adalah untuk menguruskan perlindungan insurans ke atas semua aset dan kepentingan kerajaan Negeri Johor, termasuk badan berkanun negeri dan anak syarikat kerajaan negeri.

Syarikat ini telah memulakan operasi pada bulan Ogos 1997 dengan memberi tumpuan perkhidmatan agensi korporat di seluruh negeri Johor.

Pada masa ini, syarikat masih bertanggungjawab sebagai agensi korporat kepada Kerajaan Johor untuk mengendalikan semua perlindungan insurans yang diperlukan oleh Kerajaan Johor. Dengan pengalaman syarikat hampir 18 tahun di bidang pengurusan takaful/insurans korporat; syarikat mampu memanfaatkan kelebihan ini untuk faedah dan kebaikan jabatan dan institusi yang akan berurusan dengan syarikat kelak.

Syarikat juga turut dilantik oleh Majlis Agama Islam Johor untuk mengendalikan kutipan zakat harta dengan menubuhkan Kaunter Pungutan Zakat Harta Johor. Kelulusan ini adalah melalui dua orang pegawai kanan syarikat yang dilantik sebagai Amil Korporat .