Penubuhan
Insist Amilat Sdn Bhd telah ditubuhkan sebagai sebuah syarikat Sendirian Berhad menurut Seksyen 16 (4) Akta Syarikat 1965 pada 15 haribulan Ogos 1997. Pejabat operasi syarikat beralamat di:

G-3, Bangunan PIJ, Jalan Rebana, Kebun Teh, 80250 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

Halatuju Syarikat

Ke arah memantapkan kedudukan syarikat (kewangan & keuntungan) dengan mempelbagaikan aktiviti ekonomi dalam mencapai kesejahteraan pemegang saham serta anggota pekerja dengan berteraskan nilai-nilai Islam dan turut serta membantu membangunkan ekonomi masyarakat Melayu dan Islam khususnya di Negeri Johor.